Satu sudut untuk memberikan info mengenai dadah dan kesannya pada semua murid disekolah.
Insya Allah untuk tahun depan SK Kg Aur akan membuat 4 program bagi PPDa sepanjang 2010.
Guru Besar SKKA
Khamis, 26 November 2009
Sabtu, 7 November 2009
Kursus Jurulatih Utama PPDa

Kursus JU PPDa Negeri Pahang telah dilaksanakan pada 2 Nov 2009 hingga 5 Nov 2009 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu.
Seramai 64 peserta daripada seluruh daerah negeri Pahang terlibat dalam kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk membentuk satu pasukan guru PPDa setiap daerah yang akan membantu sekolah-sekolah di daerah dalam melaksanakan program PPDa di sekolah. Pengujudan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah antara penekanan utama kursus ini.
Bagi tujuan tersebut, SK Kompleks Seberang Takir (SKKST) dan SMK Manir (SMKM) telah dikunjungi. SKKST mendapat tempat keempat kategori lorong/sudut PPDa sekolah rendah dan SMKM menduduki tempat ke sembilan bagi kategori lorong/sudut PPDa sekolah menengah dalam Pertandingan Bilik Sumber dan Lorong/Sudut PPDa Peringkat Kebangsaan Tahun 2009.
Walaupun tidak mendapat tiga tempat teratas tetapi daripada segi fizikal lorong/sudut kedua-dua sekolah ini ia adalah mengkagumkan. Banyak input bagaimana hendak membina lorong/sudut PPDa boleh dipelajari daripada kedua-dua buah sekolah ini.
Majlis Penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang.

Langgan:
Catatan (Atom)